SENARAI BORANG MRSM FELDA

 

                                     hotspring1      hotspring2  

                                     hotspring3      hotspring4                               

Terletak kira-kira 18KM dari MRSM Felda, dikelilingi oleh bukit-bukau dan anak sungai yang jernih, taman rekreasi ini dibina daripada sumber semula jadi iaitu mata air panas dan air segar sejuk dari pergunungan berdekatan dan membolehkan pengunjung untuk menikmati mata air panas seperti sauna semula jadi. Keluarga yang melawat taman ini boleh mencuba tempat mandi yang tersedia di sini bersama- sama keluarga. Satu lagi aktiviti terkenal yang harus dicuba ialah pengalaman merebus telur dalam air panas dan kolam khusus untuk rawatan terapi di mana suhu dikawal sekitar 30 hingga 43 darjah Celcius. Bagi pengunjung yang berminat untuk merasai pengalaman urutan melayu tempatan, pihak taman menawarkan pakej terbaik urutan tradisional yang boleh dimanfaatkan.

RUSA3    RUSA2 1    RUSA2 2

Kampung Manderang, sebuah tempat yang terletak di Sungkai, Perak terdapat sebuah ladang rusa yang terbentang kira-kira 100 hektar luasnya yang telah ditubuhkan dan diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar. Di sini, terdapat pelbagai spesis rusa yang dibiarkan hidup bebas, seperti berada di dalam habitat semulajadi mereka.Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhilitan, ladang ini juga menyediakan tempat lindungan bagi spesis-spesis burung tertentu dan dan pelbagai hidupan liar yang lain, sebagai usaha lanjutan untuk mengekalkan serta mencegah kepupusan haiwan-haiwan tersebut.Ladang ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 4.15 petang (setiap hari termasuk cuti am) dan masuk adalah percuma. Terletak kira-kira 14KM dari MRSM Felda.

buah1   buah2   buah3  buah4

DAERAH Batang Padang yang meliputi kawasan Sungkai dan Bidor akan terus dimajukan sebagai pengeluar buah-buahan, sayuran dan makanan diproses bukan sahaja untuk keperluan dalam negara malah untuk tujuan eksport.Seramai 131 orang pengusaha buah-buahan sengkuang, keledek dan sayur sedang menjayakan usaha mereka di kawasan Tanaman Kekal Untuk Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungkai seluas 260 hektar daripada 420 hektar yang disediakan.Di samping itu, Bidor telah dikenal pasti sebagai pengeluar kedua terbesar negara bagi tanaman betik selepas Johor.

cameron1  cameron2  cameron3

cameron5  cameron6  cameron7

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung MalaysiaCameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan di Blue Valley Tea Estate, Gunung BrinchangTringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm, Green Farm, Rose Valley Village, Butterfly Farm, Butterfly Garden, Kea Farm, Pasar Sayur, Uncle Sam Farm, Cactus Point, Tokong Sam Poh, Cactus Valley dan Strawberry Farm.
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highlands juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang. Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

                                                lata kijang1       lata kijang2

                                                lata kijang3       lata kijang4

Lata Kinjang terletak kira-kira 18 km dari Tapah. Daya tarikan yang utama kawasan air terjun ini ialah rangkaian air terjunnya yang menjunam dari ketinggian 100 meter ke bawah. Di sana juga terdapat ruang-ruang untuk beristirehat dan gerai-gerai makanan untuk para pengunjung. Selain itu, para pengunjung juga boleh melawat taman orkid dan taman bambu.

                                                hutan lipur kuala woh1       hutan lipur kuala woh2

                                                hutan lipur kuala woh3       hutan lipur kuala woh4

Terletak 13 km dari Pekan Tapah, Hutan Rekreasi Kuala Woh mudah dikunjungi dengan adanya kemudahan jalanraya yang sempurna. Ia merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan bagi sesiapa yang gemar menikmati keindahan flora dan fauna hutan tropika. Hutan Rekreasi ini menyediakan denai-denai penerokaan hutan yang lengkap, lantas menawarkan perjalanan dan pengembaraan hutan yang menarik, ditambah pula dengan keseronokan untuk melihat kupu-kupu spesis "Rajah Brooks" di dalam habitat semulajadi mereka. Hutan Rekreasi Kuala Woh juga menyediakan kawasan perkelahan kolam air panas semulajadi di Lubok Merbau.Selain itu, jambatan gantung sepanjang 30 meter yang merentasi Sungai Batang Padang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik daripada bahagian atas jambatan menjadi satu daya penarik yang unik bagi hutan rekreasi ini.

                                               lata iskandar1       lata iskandar2

                                               lata iskandar3       lata iskandar4

Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands, air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga.Pengunjung boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda di dalam airnya yang sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan. Bagi pencinta alam pula, sedikit masa yang diluang melalui denai-denai hutan yang telah disediakan akan membawa anda kepada keseronokan dan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun tersebut.Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Hasil-hasil kraftangan di sini bermutu tinggi terutamanya hasil-hasil kraftangan oleh Orang Asli. Deretan gerai-gerai yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga telah didirikan berhampiran kawasan air terjun untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar.

                                             air panas1       air panas2

                                             air panas3       air panas4

Pengunjung-pengunjung yang datang ke kolam ini kebanyakannya gemar merebus telur dan merendamkan kaki kedalam kolam ini. Persekitaran kawasan kolam ini telah dibersihkan dan dibangunkan oleh Majlis dengan kemudahan - kemudahan seperti pondok merendam dan berehat juga jambatan diatas kolam yang telah menjadikan Kolam Air Panas ini menjadi satu tempat yang menarik dan cantik. suhu air kolam air panas ini mencecah 104°C. Kolam ini juga menjadi tumpuan bagi peserta-peserta X.P.D.C merentasi Banjaran Titiwangsa dari Raub Pahang.

                                             taman1       taman2

                                             taman3       taman4

Tasek Embayu Proton City merupakan sebuah tempat rekreasi yang terkenal di Tanjong Malim. Taman Tasik Embayu terletak di kawasan perumahan Proton City. Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di taman rekreasi Proton City ini. Taman Tasik Embayu terletak di lokasi Bandar Proton. Ia merupakan tasik buatan dan dilengkapi dengan perbagai kemudahan yang moden dan terkini untuk kemudahan rekreasi pengunjung. Ditaman tasik ini juga telah disediakan pelbagai kemudahan rekreasi untuk kemudahan semua golongan .Disini juga terdapat kedai-kedai makan, runcit, klinik dan lain-lain lagi. Pelbagai aktiviti juga telah diadakan disini seperti pertandingan "Futsall",Paint Ball" dan "Eco Challenge" yang telah menarik minat masyarakat sekitarnya.

                                              sungai bil1       sungai bil2

                                              sungai bil3       sungai bil4

Sungai Bil merupakan tempat perkelahan yang menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan dan pengunjung-pengunjung yang berada diluar daerah Tanjong Malim / Slim River. Keadaan sungai yang bersih dan persekitaran serta udara yang nyaman telah menarik minat pengunjung untuk datang berkelah dan mandi disungai ini. Sungai Bil juga menjadi tumpuan bagi mereka yang gemarkan aktiviti perkhemahan,"Jungle Tracking", memancing, Berkelah dan lain-lain lagi. Disini juga terdapat sebuah empangan hidro yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik.Pelbagai jenis kemudahan telah disediakan disini seperti dewan orang ramai,tempat letak kereta ,gerai makanan dan minuman juga pondok rehat untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung . Kini Sungai Bil telah terkenal diseluruh negeri kerana banyak aktiviti bertaraf kebangsaan telah diadakan disini seperti pertandingan "ECO Challenge" dan Program Khidmat Negara.

PENGINAPAN BERHAMPIRAN MRSM FELDA

 BIL  TEMPAT PENGINAPAN NO. TELEFON 
 1  Rumah Tamu MRSM Felda 05-4388940 
2  Trolak Country Resort, Sungkai 05-4388687
3  Homestay Felda Sungai Klah, Sungkai 05-4389882
4  Felda Residence Hot Spring, Felda Sungai Klah 05-4388 801/803
5  Rumah Rehat Slim River 05-4520023
6  Hotel Cahaya, Tanjung Malim 05-4584331
7  Hotel Bunga Raya, Tanjung Malim 05-4594388
8  Hotel Anggerik Desa, Tanjung Malim 05-4599118
9  Hotel Twin Star, Tanjung Malim 012-2181894
10  Hotel Sahara Inn 05-4595999 

 

                              

BANTUAN KEWANGAN

Pelajar yang memerlukan bantuan kewangan boleh memohon dengan mengisi Borang Permohonan Bantuan Kewangan BKM01. Kesemua borang ini diproses oleh Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK). Hanya pelajar yang layak sahaja akan diberi Bantuan Kewangan.

MARA menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar MRSM  yang berkelayakan dalam bentuk :

  • Pengecualian bayaran wang caruman (RM 60.00 Sebulan)
  • Pemberiaan Wang Saku (RM 50.00 Sebulan)

Peraturan sedia ada menetapkan semua permohonan bantuan kewangan pelajar MRSM hendaklah diproses dan diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Kewangan peringkat maktab dan urusan pemberiaan bantuan ini dikendalikan oleh Bahagian Kewangan MARA.

Syarat Kelayakan Bantuan Kewangan MRSM

Pertimbangan untuk kelayakan bantuan kewangan pelajar MRSM mengambil kira faktor berikut;

  • J iaitu jumlah pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar (termasuk elaun-elaun tetap yang diterima sekiranya makan gaji. Potongan-potongan tidak diambil kira).
  • B iaitu jumlah tanggungan keluarga pelajar (ibu, bapa dan anak-anak di bawah 21 tahun dan masih belajar).
  • K iaitu kadar cukup hidup yang ditetapkan oleh MARA dari semasa ke semasa. Kadar sekarang ialah RM 370.00. ( 1 Januari 2011).

Pengiraan formula ini adalah mengikut kriteria yang ditetapkan oleh MARA.

Dokumen Penting

  • Slip gaji terkini jika bekerja makan gaji (slip gaji)
  • Surat pengesahan pendapatan sebulan jika tidak makan gaji (Penghulu Kampung/JKKK)
  • Penyata pencen bulanan atau waran pencen jika bersara.
  • Surat pengesahan penceraian atau kematian ibu / bapa (jika berkaitan)

Makluman Penting

Keputusan permohonan ini akan diberitahu kepada pelajar oleh pihak Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK). Namun begitu urusan kemasukan Pemberiaan Wang Saku (RM 50.00 Sebulan) ke dalam akaun pelajar adalah tanggungjawab Bahagian Kewangan MARA dan Pembantu Tadbir (HEP) setiap MRSM.

Pelajar-pelajar Felda tidak ditawarkan bantuan kewangan/biasiswa.