logofeldamrsmfelda

Anjung Utara

PROGRAM TADARUS AL-QURAN

Salam kepada semua guru & kakitangan MRSM Felda.

Anda dijemput menyertai Program Tadarus Al-Quran setiap hari bermula jam 1.00 pm hingga 1.45 pm. Program ini akan dipimpin oleh imam yang bertugas.

Bersamalah kita menghidupkan Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR

Peperiksaan Percubaan PMR dijalankan mulai 16 Ogos 2010 hingga 20 Ogos 2010. Semoga berjaya kepada semua calon-calon PMR!

Sambutan Hari Guru

Sempena dengan Hari Guru & Hari Pekerja yang lalu, MRSM Felda akan mengadakan Sambutan Hari Guru & Hari Pekerja peringkat MRSM Felda seperti waktu dan tempat berikut:

  • Tarikh: 25 Jun 2010 (Jumaat)
  • Tempat : Dewan Besar
  • Masa: 9.00 am


Semua warga kerja MRSM Felda yang disayangi dimestikan untuk mengikuti garis panduan sambutan ini seperti berikut:

  • Setiap guru & staf WAJIB membeli 1 hadiah (RM20 - RM25) untuk sambutan hari guru.
  • Semua guru & staf wanita mengenakan pakaian berwarna 'Pink/Purple'
  • Semua guru & staf lelaki mengenakan pakaian BAJU MELAYU berwarna 'Merah/Marroon'.

Diharap semua warga kerja MRSM Felda akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya.

CSR Rebung

Pada 13 - 19 Jun 2010, bertempat di MRSM Felda telah diadakan satu program CSR Rebung. Ini adalah penganjuran kali keempat selepas Alor Gajah, Taiping dan Pontian. CSR Rebung ini melibatkan beberapa badan korporat seperti Plus (Projek Lebuhraya Utara Selatan), Proton (Perusahaan Otomobil Nasional), IIM (Institut Integriti Malaysia) dan UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris). CSR Rebung ialah Corporate Social Responsibility yang bertujuan untuk membentuk corak kepimpinan yang berintegriti dalam kalangan Badan Wakil Pelajar (BWP) di seluruh MRSM.

Program ini terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu TOT (Training of Trainer), CSR Rebung dan Bengkel Pemamtapan Kepimpinan. TOT melibatkan secretariat daripada IIM, IBC dan RAC yang akan memberi kemahiran kepada guru-guru untuk melaksanakan modul-modul yang telah dirancangkan. CSR Rebung melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar untuk mencapai objektif bagi setiap modul yang telah diberikan. Terdapat empat modul yang akan dilaksanakan untuk program ini iaitu Modul Ekonomi, Modul Alam Sekitar, Modul Kreatif dan Modul Sosial. Bengkel Pemantapan Kepimpinan Berintegriti 2010 akan melibatkan semua YDP Muafakat, Pengetua MRSM, Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA.

Cahaya Mata

Warga MRSM Felda mengucapkan sekalung tahniah kepada Cikgu Hafizah Bt Omar dan suami, En. Fazrul Amiza Bin Abdul Aziz kerana telah dikurniakan seorang cahaya mata. Cikgu Hafizah telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan, Marissa Safiya Bt Fazrul Amiza pada 8hb Jun 2010 yang lalu pada jam 8.38 pm di Prince Court Medical Center dengan berat 3.2 kg.

Semoga dengan kehadirannya akan menambahkan lagi rezeki dan keberkatan Cikgu Hafizah dan suami sekeluarga.

Cahaya Mata :: Marissa Safiya Bt Fazrul Amiza     Cahaya Mata :: Marissa Safiya Bt Fazrul Amiza

Cahaya Mata :: Marissa Safiya Bt Fazrul Amiza     Cahaya Mata :: Marissa Safiya Bt Fazrul Amiza


Klik imej untuk melihat paparan lebih besar.


Artikel lagi...

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Mula
Sblm
1

MRSM Felda


1malaysia

Transformasi Menuju Kejuaraan

Shout Box

Latest Message: 2 days, 9 hours ago
  • khatijahhuss : salam buat warga mrsm felda, semoga 10 terakhir ramadhan ini kita dapat terus meningkatkan lagi keimanan dalam mendapatkn ramadhan.. sama2lah kita berdoa untuk anak2 pelajar kita terutama anak2 pmr SEGERAlah berubah untuk dpatkan kejayaan
  • nizam : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 Razz
  • KHALIZA YUNU : salam ramadhan buat semua sahabat2 guru di MRSM Felda...Ramadhan al-Mubarak
  • rusmayunita : salam ramadhan pada semua...
  • cikguariffin : Selamat berpuasa kepada semua warga MRSM FELDA KTAR yang wajib berpuasa.
  • Mr.Howin : Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua Warga MRSM FELDA Wink
  • nizam : selamat menyambut bulan Ramadhan kpd semua warga MRSMF KTAR Very Happy
  • khatijahhuss : KEPADA SEMUA PELAJAR T2 DAN T4 SELAMAT MEMPAMERKAN HASIL TYPE III ANDA.
  • khatijahhuss : tahniah dan syabas kepada emy. semoga terus sukses
  • khatijahhuss : kepada semua pelajar dan guru selamat menjayakan minggu aktiviti. pada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 2 selamat BERPESTA SEM. Very Happy

Only registered users are allowed to post

PMR 2010 Countdown

PMR 2010 11.10.2010 8:00 36 Hari

Log Masuk






Forgot login?
No account yet? Register

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini20
mod_vvisit_counterSemalam19
mod_vvisit_counterMinggu Ini235
mod_vvisit_counterMinggu Lepas204
mod_vvisit_counterBulan Ini104
mod_vvisit_counterBulan Lepas1218
mod_vvisit_counterJumlah7015
Anjung Selatan

Hubungi Kami

MRSM Felda
Jalan Meranti 2 Feldajaya Utara
35600 Sungkai
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-4388499

MRSM Felda Mail

Perkhidmatan email untuk
semua kakitangan dan guru
MRSM Felda.

Edu Link